Salaam semua!
Saya ingin menyampaikan sedikit panduan atau tatacara menggunakan dashboard ini secara optimum.
1. Membaca pos-pos yang telah sedia ada atau yang dipaparkan. Paparan pos adalah berdasarkan
halaman yang di hantar melalui pautan-pautan dari telefon bimbit. Contohnya adalah seperti berikut:
a)
b)
2. Anda boleh juga melihat pos-pos yang lain mengikut kehendak anda dengan klik pada mana-mana tajuk di Blog Archive yang berada di sebelah kanan. Setelah diklik, tajuk tersebut atau bahan archive akan dipaparkan di halaman utama dashboard. Contoh kolum blog archive adalah seperti berikut:
3. Anda juga boleh mengambil bahan-bahan penulisan atau gambar-gambar yang dipaparkan di halaman utama dengan klik kanan dan copy untuk dipindahkan ke mana-mana dokumen yang anda perlukan. Tetapi, anda tidak boleh pisahkan tulisan-tulisan yang di dalam fail jpeg atau foto seperti yang tertera di dalam pos ini.
4. Anda juga boleh meneroka bahagian-bahagian lain di kolum sebelah kanan seperti Arabic Language Links,Hadith dan Media Links. Dengan mengklik mana-mana link di bawah tajuk-tajuk tersebut, anda akan membuka laman-laman web atau blog-blog yang berkenaan.
5. Selain itu, anda juga boleh mengubah Bahasa yang digunakan di dalam dashboard atau blog ini dengan mengklik pada kotak Select Language dan pilih bahasa yang anda inginkan. Dashboard ini boleh diterjemahkan ke dalam 99 bahasa.
* Sekiranya penulisan asal dalam Bahasa Melayu, mungkin sebahagian besar konten tidak dapat diterjemahkan. Begitu juga sekiranya paparan diambil dari fail jpg atau dengan lain perkataan, foto. Sekiranya penulisan asal di dalam Bahasa Inggeris, sebahagian besar konten akan dapat diterjemahkan. Contohnya ayat di bawah ini.
Scholars are required to carry out extensive research to establish huge library of academic documents for future references.
Ayat di atas yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris dapat diterjemahkan sepenuhnya di dalam mana-mana bahasa. Bahasa Melayu hanyalah bahasa nominal dalam google.
No comments:
Post a Comment